Ringkasan Mengenai KPM
8:52 PM | Author: Diploma In Integrated Logistics Management (DLM)

Kolej Profesional Mara (KPM) merupakan kolej bantuan penuh kerajaan yang ditubuhkan bagi menambah bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam sektor awam dan swasta terutamanya dalam bidang Perdagangan, Perakaunan dan Teknologi Maklumat serta menambah bilangan kelulusan akademik cemerlang dalam kalangan Bumiputera.

Semua KPM adalah di bawah kawalan Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) di Ibu Pejabat MARA.

Program KPM dijalankan secara sepenuh masa. Pendekatan secara "practical based" dalam bidang pengajian & pembelajaran dengan suntikan elemen "soft skill" di dalam silibus kursus-kursus yang ditawarkan telah menghasilkan graduan KPM yang berketerampilan. Latihan industri di akhir pengajian juga membantu pelajar menyediakan diri untuk menjawat jawatan dijabatan kerajaan dan swasta.

Selain daripada itu aktiviti pembudayaan keusahawanan yang diterapkan semasa dalam pengajian akan mendorong sebahagian daripada graduan KPM untuk merealisasikan "Keusahawanan sebagai Kerjaya Pilihan"
|
This entry was posted on 8:52 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.